Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan?
- Kepimpinan merupakan keupayaan seseorang untuk mempengaruhi orang lain melalui percakap atau tingkah laku, sama ada pengaruh yang positif atau yang negatif. Akan tetapi, pengaruh yang negatif adalah tidak bermakna dalam konteks kepimpinan.
- Kepimpinan dapat dilihat apabila cara kita bercakap dapat meyakinkan orang lain. Seorang pemimpin sepatutnya mempunyai ketrampilan dan idea-idea yang bernas dan tidak dilihat oleh orang lain.
- Misalnya, Putrajaya pada zaman dulu adalah estet kelapa sawit tetapi telah diusahakan oleh Dr Mahathir dan bertukar menjadi kota yang begitu pesat perkembangannya.
Apakah kebenaran tentang kepimpinan?
- Kepimpinan bukan sesuatu yang dilahirkan secara semulajadi. Ia tidak berkaitan dengan genetik ataupun keturunan.
- Kepimpinan adalah suatu kemahiran yang boleh dipelajari.
- Tiada suatu cara piawai bagi kepimpinan. Terdapat banyak corak kepimpinan mengikut situasi yang berlainan.
- Bukan hanya orang yang berkarisma boleh menjadi pemimpin. Semua orang mampu menjadi pemimpin.
- Kepimpinan bukannya berbentuk formal atau berhierarki. Pemimpin bukan bermaksud berpegang jawatan tinggi. Dalam semua lapisan masyarakat boleh wujud pemimpin.
- Pandangan semasa terhadap kepimpinan adalah fleksibel dan tidak tetap.
Apakah metafora kepimpinan?
- Persaingan pasaran
- Pentadbiran
- Tawar-menawar kumpulan
- Demokrasi
- Penghakiman bebas
- Orkestra
- Perkara berepisod
Apakah teori kepimpinan yang ada?
- Teori Great Man - Pemimpin yang dilahirkan sebagai pemimpin seperti Nabi Muhammad S.A.W, dan Mother Theresa.
- Teori Trait/Teori Sifat - Ciri-ciri tertentu yang membolehkan seseorang menjadi pemimpin.
- Teori Tingkah Laku - Pemimpin boleh bertindak mengikut situasi.
- Teori Situasi/Kontigensi - Menggunakan corak kepimpinan yang berlainan pada keadaan yang berbeza.
- Teori Recipprocal - Dapat mempengaruhi orang secara timbal balik. Saling bertukar (terima/tolak) pendapat antara pemimpin dengan ahlinya.
- Teori Pengaruh (Transformasi) - Mempengaruhi ahli untuk mencapai matlamat organisasi. Perlukan imbangan antara kawalan dengan arahan.
Kepimpinan Perhubungan
Apakah asas kepimpinan perhubungan?
- Mengetahui
- Bersikap
- Bertindak
Apakah elemen dalam model kepimpinan perhubungan Komives?
- Inclusive - Kepimpinan merangkumi semua orang.
- Purposeful - Kepimpinan hendaklah bermatlamat.
- Empower - Pemimpin boleh berkongsi kuasa dengan ahlinya.
- Ethical - Nlai-nilai murni dan soal etika tidak diabaikan.
- Being process-oriented - Kesemua proses berlaku secara serentak.
Apakah tindakan seorang pemimpian apabila menghadapi perubahan?
- Bijak secara kolektif - Setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kerja berkumpulan (perbincangan) dapat menghasilkan idea yang lebih baik.
- Bijak secara reflektif - Menilai semula apa yang telah dilakukan, memahami paradigma dan mengenalpasti keutaman.
- Bijak secara spiritual - Mempunyai kesedaran terhadap kepercayaan, nilai-nilai murni dan soal etika.
Memahami Diri Sendiri
Memahami diri sendiri berkaitan dengan kesedaran diri yang membawa kepada konsep kendiri dan penghargaan diri. Seseorang individu yang mempunyai konsep kendiri dan penghargaan kendiri akan mempunyai keyakinan diri.
Konsep kendiri merujuk kepada bagaimana kita menerangkan diri sendiri berdasarkan peranan dan anggapan kita. Ia merupakan definisi yang kita berikan kepada diri kita secara sedar apabila menggunakan perkataan 'saya'.
Apakah kepentingan konsep kendiri?
- Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
- Memahami kuasa autonomi.
- Membentuk imej kendiri.
- Mempengaruhi tingkah laku diri.
Penghargaan diri merujuk kepada bagaimana kita rasa tentang diri kita sendiri dan juga penerimaan tentang diri kita. Ia juga adalah suatu definisi sejauh manakah kita rasa diri kita cekap dan layak untuk hidup.
Apakah kepentingan penghargaan diri?
- Mengoptimumkan personaliti dan keupayaan diri.
- Memudahkan hubungan interpersonaliti.
Keyakinan diri adalah kebolehan di mana seseorang itu mengetahui bahawa dia boleh bergantung kepada kekuatan, kecekapan dan kemahiran diri dalam pelbagai keadaan.
Terdapat 5 ciri kekuatan:
- dengar isi hati diri
- mengenalpasti kepuasan diri
- mengetahui apa yang dapat dipelajari dengan cepat
- imbas dan nilai kembali kejayaan diri
- mencari corak kejayaan diri
Apakah kekuatan kepimpinan?
- Kekuatan keperibadian
- Kekuatan peranan
- Kekuatan pengetahuan
Kepimpinan Diri
Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan diri?
- Satu proses mempengaruhi diri sendiri untuk mencapai matlamat organisasi.
- Seseorang individu dapat menggunakan kekuatan akal fikiran diri untuk membuat keputusan.
- Melibatkan daya dan kebijaksanaan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan dan tidak dipengaruhi oleh unsur negatif.
- Dapat menentukan segala keputusan untuk diri sendiri.
Menurut Bennis, bagaimanakah seseorang itu boleh membina kepimpinan diri?
- Anda adalah guru terbaik kepada diri anda.
- Berani memikul tanggungjawab, jangan salahkan orang lain.
- Anda boleh mempelajari sesuatu asalkan anda mahu mempelajarinya. (fokus -> bersungguh-sungguh -> pakar)
- Kefahaman yang sebenar datang daripada refleksi terhadap pengalaman sendiri.
Apakah unsur-unsur pembentukan diri?
- Fizikal (badan yang sihat, penampilan diri, etiket, pakaian yang sesuai, cara berjalan yang betul, fizikal yang bersih.)
- Akal (bacaan ilmiah, sentiasa berfikir untuk membuat perancangan, penulisan kreatif, perbincangan, mengajar orang lain.)
- Jiwa (bersihkan jiwa, isikan dengan nilai-nilai murni.)
Memahami Orang Lain
Memahami orang lain berkaitan dengan:
- gender
- budaya
- etnik
Gender merupakan perancangan sosial di mana kaum lelaki dan kaum wanita masing-masing mempunyai peranan berlainan dalam keluarga, pekerjaan, masyarakat dan negara.
Budaya merupakan satu badan yang mempunyai pemahaman yang sama dan satu cara hidup yang merangkumi kepercayaan, cara berfikir, nilai-nilai, norma hidup, cara berkomunikasi di mana sekumpulan masyarakat telah membentuknya. Budaya adalah sentiasa berubah, tetapi ia boleh dipelajari dan dikongsi.
Etnik merupakan satu konsep yang digunakan untuk mengenalpasti kumpulan besar manusia yang berkongsi satu atau lebih kombinasi ciri-ciri fizikal warisan yang jelas.
Model Intercultural Learning Process mengikut David Hoopes
- Ethnocentrism - terlalu pegang pada budaya etnik sendiri
- Keprihatinan - prihatin terhadap budaya masing-masing
- Kefahaman - memahami orang lain dan budaya lain
- Penerimaan, hormat dan tolak-ansur - menerima dengan hati terbuka dan menghormati budaya lain
- Penghargaan - menghargai perbezaan antara budaya
- Pengubahsuaian selektif - memilih dan membuat pengubahsuai diri yang perlu
- Multiculturalism - kepelbagaian budaya
* Edited after exam *
The part in red color comes out in exam.
No comments:
Post a Comment